titlebar

heyllooo

http://kicieirine.tumblr.com/ luv my tumblr & myblog

kicie_rieyna

About Me

My photo
Kuching, Sarawak, Malaysia
juz a simple gurl from Sabah but live and study at Kuching.. i'am a crazsy naughty cute gurl..means 'nakal cam budak p ada batas'.. i luv hang out & to have fun with my housemate.. they are really2 cute crazsy.. bluueekkss =P i'am not Malay but Islam.. am Bisaya + Cina Dusun.. but i cant & didn't know how to speak chinese. i juz know to speak a little Bisaya or Dusun language..I will usually speak 'bahasa pasar org Sabah'... BM yg 'karas'.. you will know if you read my blog =P i have fb.. i know most of people have fb... add me as a friend if you dare http://www.facebook.com/eirieyn

Wednesday, January 12, 2011

WANITA Oh WANITA......

MASALAH BULANAN SETIAP WANITA
sebenarnya ianya rahmat.... =)

Haid atau datang bulan merujuk kepada satu fisiologi tetap dan teratur yang dialami oleh perempuan yang berada dalam lingkungan umur yang berupaya untuk mengandung. Semasa kedatangan haid, seseorang perempuan akan kehilangan darah. Tempoh pembiakan seseorang perempuan dicirikan dengan perubahan ritma pada rembesan hormon yang diperlukan untuk pembiakan. Corak ritma ini dikenali sebagai kitaran haid.
Fungsi kitaran haid ialah untuk menghasilkan ovum yang matang daripada ovari dan menyediakan lapisan dalamrahim untuk penempelan embrio. Jika tidak berlaku persenyawaan, ovum akan mengalami kemerosotan dan dibuang bersama bahan-bahan lain yang keluar daripada tubuh wanita melalui faraj.
Proses haid akan membuang keluar darah, mukus dan sel-sel yang sudah mati. Proses ini berlaku dalam tempoh yang agak tetap daripada masa akil baligh sehinggalah menopaus (putus haid) kecuali semasa mengandung dan penyusuan. Proses haid bermula daripada umur 12 atau 13 tahun tetapi kadang kala seawal umur 10 tahun dan selewat-lewatnya 16 tahun. Permulaan haid banyak bergantung kepada beberapa faktor seperti kaum, genetik, suhu persekitaran dan pemakanan. Putus haid berlaku pada purata umur 47 tahun (julat umur antara 45 hingga 55 tahun). Purata tempoh kitaran haid bagi wanita yang biasa ialah 28 hari. Hari pertama haid dianggap sebagai hari pertama bagi setiap kitaran baru. Setiap kitaran bagi seorang wanita yang biasa dan sihat ialah antara 20 hingga 45 hari. Perbezaan tempoh kitaran bergantung kepada umur. Tempoh aliran keluar haid juga berbeza-beza.
Purata kitaran haid ialah 6.6 hari manakala pada umur 21 tahun, purata tempoh haid menjadi enam hari sehinggalah mencapai tahap putus haid. Lebih kurang lima peratus perempuan yang sihat datang haid kurang daripada empat hari dan lima peratus lagi perempuan yang mengalami lebih daripada lapan hari. Jumlah purata darah dan tisu yang hilang semasa kedatangan haid ialah 70 mililiter. Wanita yang berumur kurang daripada 35 tahun akan kehilangan darah lebih banyak berbanding wanita yang berumur 35 tahun ke atas.
Jumlah keseluruhan cecair badan yang hilang semasa haid ialah antara 60 hingga 200 mililiter.
Sesetengah perempuan akan mengalami simptom atau gejala yang tidak selesa dalam tempoh haid tersebut. Dalam tempoh tersebut, wanita akan mengalami masalah seperti sakit kepala, pengumpulan cecair, keteganganpayu dara, mudah meradang, keresahan, sakit tulang belakang, kesakitan dan kekejangan pada bahagian abdomen serta tekanan perasaan.
Kehadiran dan keterukan gejala ini berbeza-beza di kalangan perempuan. Masalah ini boleh dibantu oleh ahli farmasi atau diurus sendiri oleh perempuan tersebut. Mereka yang mengunjungi kedai farmasi akan ditemu bual untuk memastikan keterukan masalah dan sama ada perempuan berkenaan harus mendapatkan pemerhatian doktor. Temu bual ini juga dapat membantu ahli farmasi untuk menilai masalah pesakit dan memilih atau menyarankan ubat yang sesuai dan berkesan bagi mengatasi masalah tersebut.
Haid atau juga dikenali sebagai pendarah haid, datang bulan, atau uzur. Pendarahan haid merupakan tanda seseorang wanita tidak hamil. (Bagaimanapun, ini bukan pasti, kerana kadang-kala terdapat sedikit pendarah semasa tempoh awal mengandung yang dikenali sebagai bunting pelanduk dikalangan orang Melayu.) Semasa tahun wanita subur, ketiadaan haid merupakan tanda pertama kepada wanita bahawa dia mungkin mengandung.
Eumenorrhea menandakan haid normal, tetap yang berlansung selama beberapa hari (biasanya 3 hingga 5 hari, tetapi 2 hingga 7 hari turut dianggap biasa). Purata kehilangan darahsemasa haid adalah 35 millilitres dengan 10–80 ml dianggap biasa, ramai wanita turut menyedari penyingkiran lapisan endometrium yang kelihatan sebagai tisu bercampur darah.Enzim dipanggil plasmin — terkandung dalam endometrium — cenderung menghalang darah dari membeku. Disebabkan kehilangan darah ini, wanita mempunyai keperluan diat bagibesi berbanding lelaki bagi menghalang kekurangan besi. Ramai wanita mengalami kekejangan uterus semasa tempoh ini (kekejangan teruk atau simptom lain dikenali sebagaisenggugut (dysmenorrhea)). Industri yang besar bagi keluaran berasaskan haid telah terbentuk bagi membantu wanita semasa haid.








p/s - untuk pengetahuan bersama tidak kira lelaki mahupun perempuan.. all the bez.. =)



No comments:

Post a Comment